Saturday, August 22, 2015

Tips Jadi KAYA Dalam Masa 3 hari

Hari tu jalan-jalan ambil angin jap kat apps facebook,pastu nampak ada orang share something dari page 'Felinna nadea ed fattah (official)' . Belek punya belek,aku terjumpa satu artikel yang beliau cabar readers beliau. Lepas tu aku ada berazam nak cuba buat nanti,but as usual nanti tu selalunya tak buat pun..huwaaa.. Then beberapa hari tu aku usha lagi page tu,beliau post testimoni-testimoni orang yang da sahut cabaran tu. MasyaAllah,aku masih lagi terkedek-kedek fikir bila nak start buat,tapi orang lain da dapat pun result dieorang..AMAZING. Ya Allah,moga aku diberi kekuatan untuk tidak bertangguh melakukan perkara-perkara kebaikan.. Takut pulak lah kan nanti dok tangguh-tangguh,sekali tak sempat da..Nauzubillahi min zalik.

Dan dari aku simpan benda baik sorang-sorang,aku berazam untuk tidak mengamalkannya lagi dan cuba sedaya upaya berkongsi dengan orang lain,InsyaAllah.. Tetapkan hati untuk berbuat kebaikan dengan cakap kat diri sendiri 'wahai hati,kau hidup bukan untuk kat sini je taw,so pilih either kau nak senang lenang kat dunia sana nanti atau merangkak-rangkak minta belas ihsan.' So aku pilih untuk cuba memperbanyakkan ladang pahala aku. Aku pun for sure tak tahu mana satu yang diterima atau tak,jadi kenalah buat baik tanpa mengira bulu. Eh ok,panjang pulak membebel,isinya tak masuk pun lagi..hihihi..sorry gais!!

**

TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni?

****

Nak lg best jom try buat tiap2 hari..hihi..doakan aku mampu! Aku nak kaya dan berjaya kat dunia ni dan jugak kat akhirat sana nanti. Aku doakan readers sana pun sama akan kaya dan berjaya kat dunia ni dan akhirat sana. Aamiin!!

No comments:

Post a Comment