Sunday, October 28, 2018

Cemburu

Adakalanya kita merasa cemburu dengan pencapaian, kejayaan, harta & perolehan orang lain. Tanpa DIKAWAL, cemburu itu boleh memakan diri, menghasil dengki, muram, murung & stress berlebihan.

Kawal ia dengan positifkan diri untuk menuruti kejayaannya secara halal ( jika relevan), itu namanya 'ghibtah'

Kawal ia dengan yakini itu rezekinya dan ujian baginya. Tiada siapa boleh halang jika ia juga BAKAL menjadi rezeki kita..justeru, tiada perlu muram, sedih & stress melampau.

Kawal ia dengan rasa kejayaan itu adalah hasil kerja dan jalan berliku lagi berat dia sebelum ini, maka layaklah baginya dan tiadalah kita hadapi cabaran & keletihan sebegitu justeru tiadalah hasil sepertinya.

Kawal ia dengan lihat umurnya, mungkin beza tahun pengalaman dan umur punca seseorang perolehi lebih banyak dari kita yang mungkin masih muda.

Kawal ia dengan melihat rezeki yang telah kita perolehi serta bersyukur, reda serta terus berusaha dan JANGAN fokus kepada apa yang kita tiada..

KAWAL ia dengan yakini kebahagian bukan semestinya sama dari satu orang kepada yang lain, berjaya , kaya dan terkenal sepertinya BELUM tentu bahagia, MAKA BAHAGIAKAN diri kita dengan apa yang ada, itu rezeki paling mahal.

Dr Zaharudin -sumber

Salam pagi Isnin ~_~

Tukar cara kita berdoa


Moga sahabat-sahabat yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya..

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..

1. Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Fahamkan?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah:
.
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

2. Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berikanlah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
.
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut "beri" maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut "kurnia" maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

3. Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
.
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
.
Nampakkan 2 perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

4. Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, jom kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

"Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
.
Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

5. Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

6. Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah...

P. S - komen untuk masukkan kredit penulis asal 😉

Flaw

Sometimes I need a person come and pujuk me whenever I'm down. But yet, I'm not strong enough to share with others my flaw and my weakness. Sometimes I really want to cry, but the tears don't want to show up themselves until there is a point where even a very small stuff makes me fragile and my legs unable to stand. In that moment, all i can do is going away and sit alone. Take pillows and cry on it while mind keeping throwback all those pain. Cry until feeling very sleepy. Sleep and wake up few hours later with a positive thought. Time will heal everything once again. All is well. Smile =)

Monday, October 22, 2018

Rindu nenek :'(

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah aku dah berjaya tamatkan degree pertama aku lebih kurang 2 bulan yang lepas. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ala kulli hal.

Few days ago, aku officially dah 25 tahun. Bertambah setahun lagi umur yang mematangkan pengalaman, fikiran & kulit aku (baca :kedut). Celebrated that day alone. Nobody at home 😂 kawan2 jauh2, tak pun dah busy kerja, bukan melanguk macam aku. Haha.

Bila sorang2 tu, banyak pula kenangan2 menginggah kat kepala. Aku teringat nenek. Ye nenek Zabedah aku yang dah hampir 7 tahun meninggal. Aku rindu nenek. Aku rindu nenek 😭

Dulu waktu sekolah, setiap kali aku dapat pencapaian yang baik, nenek mesti bagi hadiah duit. Tiap kali exam aku bolot markah, tiap kali tu nenek bagi hadiah. Bukan aku sorang je, tapi adik2 & sepupu2 aku yang sama sekolah & dapat pencapaian yang baik pun nenek bagi hadiah. Memang nenek baik sangat bagi galakan hadiah walaupun parents kiteorang kadang je bagi.

Belum masuk waktu hari raya lagi. Aku sebagai cucu kesayangan nenek, nenek selalu bagi aku duit raya lebih dari yang lain. Haha. Tapi dieorang tak tahu pun. Masa nenek hidup & sihat lagi, hari raya memang best & meriah. Nenek jadi chef utama. Menu hari raya di kampung masa tu memang buat aku kecur air liur, terutamanya sambal tempoyak dari 7 jenis ulam. Ya Rabbiiii, memang aku cari lauk tu je, pedas sampai menangis , sampai berasap telinga, tapi tetap nak tambah lagi. But now the situation totally changed :'(

Kalau nenek hidup lagi, agaknya hadiah apa pulak nenek nak bagi, kan.. Lagi-lagi dah tamat degree, pencapaian yang berbeza dengan exam sekolah dulu. Dan, nenek, Ayu dapat degree kedoktoran! Nenek tak sempat tengok Ayu jadi doktor. Maafkan Ayu tak sempat juga nak rawat nenek & berikan yang terbaik . Ayu ingat lagi masa Ayu jaga nenek sakit dulu, nenek suka sangat Ayu jaga & urut nenek, nenek berharap sangat & nenek doakan Ayu dah besar nanti jadi doktor. Tapi... Nak tengok Ayu dapat tawaran sambung belajar doktor pun nenek tak sempat. Allah.. 😣 Allah lebih sayangkan nenek. Takpe lah, nenek pun dah lama tahan sakit.

Nenek, kita jumpa lagi kat syurga nanti ya. Ampuni nenek Zabedah binti Abdul Ghani, ya Allah. Tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Luaskanlah kuburnya, terrangkanlah kuburnya, berikanlah kesenangan buatnya di alam sana. Begitu juga dengan atuk Johan bin Abdullah. Damailah di sana. Ayu doakan nenek & atuk terus kekal bercinta sampai syurga. I can see how much atuk missed you, nenek..,from the day you died until the day atuk followed you 4 years later.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka. (HR Muslim)

Sunday, October 21, 2018

Menulis & berkongsilah walaupun ilmu kau belum tahap dewa!

Terjumpa posting fb by Tuan "Harith Faizal" pada 15 Oktober 2018 jam 8 malam . Rasa macam betul2 ditujukan untuk aku walaupun dia tak kenal aku pun 😂

Betul sangat ni. Takyah tunggu ilmu tahap dewa baru nak share. Apa yang ada mula kan. Ilmu yang Sedikit pun boleh dikongsi. Orang suka nak tengok berkembangan.

Baru rasa lebih semangat nak menulis 😊

Bawah ni aku sertakan isi kandungan yang buat triggered tu

Kau baru lepas beli sebijik rumah pun, dah boleh kongsi pasal hartanah. Kau baru ada follower 5,000 pun dah boleh cerita pasal personal branding ikut level kau.

Kau baru sebulan jadi ejen takaful pun, dah boleh buat posting pasal takaful. Kau dapat turun berat 5kg sebulan pun dah boleh kongsi tip kesihatan dan diet seimbang.

Berkongsilah apa yang kau asalkan ilmu kau tu valid dan kau dapat ilmu tu daripada sumber yang diyakini. Tak pun, kongsi pasal kehidupan kau pun boleh sangat. Lagi senang.

Saya sangat tak berkenan bila ada orang condemn newbies yang teruja nak berkongsi sikit ilmu yang dia ada. Salah ke dia? Kena jadi pakar baru boleh share ilmu ke?

Yang pakar, yang ada sijil itu ini bersusun kat rumah, semuanya pakat simpan ilmu jadikan pekasam pula. Kongsikan ilmu, netizen perlukan kepakaran anda.

Ilmu banyak, tapi tak nak sebarkan. Bila takda orang amalkan, takdalah orang lain yang dapat manfaat. Memang tak boleh bawak masuk kuburlah jawabnya. - HF

#harithfaisal

Tuesday, September 25, 2018

MENTAL BLOCK

MENTAL BLOCK manusia yg menjadi halangan utk berjaya!

❌EGO

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.

❌SKEPTIKAL

Selalu berfikiran negetif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana".

❌TAKUT

Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.

❌TAK YAKIN

Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.

❌TAK LAYAK

Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.

❌SUKA BERTANGGUH

Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.

❌BAGI ALASAN  .

Bila ditanya kau nak berjaya tak?. Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.

❌TUNGGU DULU

Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.

❌IKUT KAWAN NEGATIF

Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.

❌TAK BERSUNGGUH

Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.

APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN...

Pss: dapat sesuatu? Jom pakat share dengan kawan2 pulak