Monday, August 24, 2015

Aku Kuat =)

Dijadikan kehidupan itu dengan mempunyai tujuan.
Dalam tujuan itu, dijadikan pula ujian.
Tanpa ujian, kita tidak akan kenal erti kehidupan.
Tanpa ujian dan kehidupan, kita pasti tidak kenal siapa itu Tuhan.

Jauh perjalanan, tiba-tiba kita tersesat jalan.
Maka, kembalilah ke pangkal jalan.
Bukan maksud berundur tetapi baliklah kepada Tuhan.

Kita perlukan Tuhan untuk meneruskan perjalanan.
Kita perlukan Tuhan untuk memperbaiki kehidupan.
Kita perlukan Tuhan, kerana kita ini hanyalah insan.. Jika kita jatuh hari ini, bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.

Hari ini mengajar kita tentang hari esok.
Agar pengalaman itu membuat kita lebih bersedia
dan lebih mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.

Insyaallah.. :')


No comments:

Post a Comment