Sunday, August 30, 2015

101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Wargh,aku nak kurussssss. Hahaha. Ni ada tips best simple giler dan kau orang tak sedar pun kau boleh buat sebenarnya. Aku ambil dari http://www.panduansaya.com/kesihatan/tips-diet-seimbang-kuruskan-badan-berkesan . Maaf,aku berblog guna fon je ni,payah sikit aku nak edit-edit tulisan,nak bold,tambah gambar apa semua. Skil berblog aku belum tajam lagi.

~SELAMAT SAMA-SAMA MENGURUSKAN BADAN~

Pengambilan diet yang seimbang dan berkesan memainkan peranan yang penting kepada semua orang. Kebiasaannya orang bediet semata-mata untukmenurunkan berat badan ataupun mendapatkan susuk badan yang menarik. Namun pada hakikatnya amalanberdiet adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Dalam entri kali ini, anda akan didedahkan dengan perkara-perkara berikut

101 Tips Diet Seimbang Yang BerkesanPanduanSaya.com Extra! Free “Eating Healthy” Ebook DownloadKesimpulan

Memandangkan kandungan post ini agak panjang, anda digalakkan untuk bookmark laman ini. Sekiranya anda sudah bersedia, jom membaca senarai ini.

101 Tips Diet Seimbang

Diet boleh merujuk kepada pengamalan pemakanan seseorang, dan ia juga boleh merujuk kepada aktiviti menghadkan pemakanan sesuatu untuk tujuan tertentu. Namun, bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat, dan bukan semua amalan diet tersebut berkesan.

Oleh itu, berikut adalah senarai tips diet yang sihat dan berkesan:



Tips #1: Bermula Dengan Diet

Sebelum memulakan diet, anda perlu memastikan bahawa anda sangat-sangat komited. Dalam erti kata lain, anda perlu mempunyai disiplin dan kesungguhan untuk mengikutinya. Demi mencapai matlamat anda.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tetap dan mantap untuk sentiasa berusaha dan tidak berhenti separuh jalan.

Tips #2: Berhenti Memberi Alasan

Ramai orang hari ini tidak memulakan pada diet mereka kerana banyak memberikan alasan.

Untuk menghapuskan alasan anda, anda perlu berdepan masalah itu, dan mengakui hakikat bahawa diet adalah salah satu penyelesaian untuk menguruskan badan.

Tips #3: Kumpulkan Seberapa Banyak Maklumat yang Anda Boleh

Jika anda telah membuat keputusan untuk berdiet bagimenurunkan berat badan, maka anda perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang anda boleh tentangnya.

Apabila anda mempunyai maklumat yang tepat, anda akan mendapat petunjuk yang tepat dalam memulakan diet. Selain itu, anda juga boleh menjadi lebih peka dengan pemakanan dan nutrisi setiap diet anda.

Tips #4: Menentukan Pelbagai Matlamat Untuk Diet

Setiap orang berbeza, termasuklah matlamat untuk berdiet. Sesetengah orang berdiet untuk tingkatkan tahap kesihatan mereka, sesetengah orang yang lain berdiet untuk merampingkan badan, dan lain-lain.

Atas apa-apa sebab pun anda berdiet, anda perlu sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat anda itu. Hal ini supaya anda menjadi lebih bermotivasi semasa menjalani diet anda.

Tips #5: Beremosi Secara Positif

Mencetuskan emosi positif untuk menjalani budaya diet adalah cara yang baik untuk mengekalkan momentum sepanjang amalan ini. Ini boleh menjadikan diet anda lebih bermakna.

Anda boleh membangkit semangat dan keinginan yang lebih dengan sentiasa melihat diri anda di cermin, dan membandingkannya dengan gambar anda dari masa lalu.

Anda juga akan menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai matlamat anda melalui diet anda.

Tips #6: Jangan Merasakan Diet Itu Susah

Kebanyakan orang memberi persepsi bahawa diet itu susah, dan anda juga mungkin memberikan pandangan yang sama. Perkara ini boleh menjadi penghalang kepada anda untuk berdiet.

Oleh itu, anda perlu melihatnya sebagai sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Cabar diri anda, dan ambil langkah demi langkah. Jangan melakukannya dengan cara yang mendadak, perkara ini perlu memakan masa.

Tips #7: Pilih Amalan Diet Dengan Betul

Terdapat banyak program atau amalan mengenai diet yang ada hari ini. Walau bagaimanapun, pilihan yang betul adalah salah satu kunci dalam mencapai kejayaan yang diingini.

Untuk memilih yang terbaik, anda tidak digalakkanmengikuti program atau amalan yang terlalu ketat .

Selain itu, anda juga perlu memilih program, yang telah menerima banyak testimoni atau review yang positif daripada orang yang telah melaluinya.

Tips #8: Berikrar Pada Diri Sendiri

Jika anda menghadapi kesukaran untuk meneruskan diet, anda boleh mengangkat ikrar pada diri sendriri.

Ikrar positif bermakna anda memaksa fikiran anda berfikiran positif terhadap apa yang anda ingin capai.

Dengan berbuat demikian, anda boleh mempunyai pemikiran yang betul ketika memulakan diet anda, atau meneruskannya.

Tips #9: Dapatkan Sokongan Luar

Anda tidak semestinya perlu bersendirian dalammengamalkan diet. Walaupun ahli-ahli keluarga anda tidak boleh mengikuti diet, mereka boleh memberikan sokong kepada anda, supaya anda mencapai matlamat tersebut.

Sebelum itu, anda perlu memberitahu mereka terlebih dahulu tentang diet anda. Mereka boleh membantu anda memulakan diet (sekiranya anda belum). Dan mereka juga boleh sentiasa mengingatkan anda tentang makanan diet yang sesuai (sekiranya anda sedang berdiet).

Tips #10: Permudahkan Diet

Sesetengah orang mungkin mendapati beberapa hari pertama diet mereka menjadi agak sukar. Oleh itu, anda harus menyediakan satu cara penyelesaian untuk memudah diet tersebut (untuk mengelak daripada anda fed up dan terus berhenti).

Salah satu perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan memastikan peti sejuk anda mengandungi makanan yang berkhasiat, sahaja. Selain itu, anda juga digalakkan bermula diet dengan makanan sihat yang anda gemari, contohnya jus buah-buahan.

Tips #11: Makan Hanya Jika Perlu

Ada kalanya kita makan walaupun tidak lapar. Terdapat banyak faktor perkara seperti ini berlaku, antaranya adalah tekanan (stress), emosi, tabiat dan lain-lain.

Oleh itu, anda perlu lebih peka sebelum makan. Anda perlu tanya diri sendiri; adakah anda mengikut kemahuan ataupun keperluan?

Jika anda tidak pasti, minumlah segelas air. Sekiranya tidak membantu atasi keinginan tersebut, maka makanlah (makanan yang sihat).

Tips #12: Jauhi MSG (Monosodium Glutamate

Pada hari ini, kebanyak makanan yang anda boleh dapati di kedai makan dipenuhi dengan MSG. Makanan yang mengandungi bahan ini adalah yang telah diproses.

Selain memudaratkan badan, bahan ini juga boleh menambahkan kandungan lemak dalam badan.

Oleh itu, anda harus mengelakkan daripada memakan makanan yang mengandungi MSG.

Tips #13: Dapatkan Rehat yang Secukupnya

Apabila anda mendapat rehat yang secukupnya, badan boleh menjalankan proses pembaikian sel-sel dan tisu-tisu badan. Namun, jika badan tidak mendapat rehat yang optimum, ia boleh menambah berat badan anda.

Hal ini  kerana kekurangan rehat boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Selain itu, ia juga boleh meningkat selera makan anda.

Tips #14: Tambah Menu Serat (Fiber

Anda perlu makan makanan yang penuh dengan serat. Serat boleh bantu mengeluar toksin berbahaya daripada badan.

Selain itu, ia juga boleh menyekat selera makan anda secara semulajadi dengan memanjangkan proses penghadaman. Tambahan, serat juga boleh menurunkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Tips #15: Cari Program yang Spesifik

Jika anda ingin mengikuti program diet tertentu untuk mengurangkan berat badan, adalah lebih baik untuk mencari paling sesuai dengan anda.

Terdapat ramai pakar dalam bidang ini yang ingin membantu anda dalam mengurangkan berat badan.

Cari pakar-pakar ini, dan minta mereka menilai keadaan semasa anda, supaya mereka boleh membentuk satuprogram diet yang khusus untuk anda.

Tips #16: Peka Dengan Kalori

Demi mencapai penurunan berat badan, anda perlumengurangkan kadar kalori dalam badan dan memperbanyakkan kadar pembakarannya.

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa kandungan kalori setiap makanan yang anda beli di kedai.

Tips #17: Elakkan Minuman Ringan dan Soda

Soda mempunyai banyak kandungan kalori yang boleh menambah berat anda. Walaupun terdapat soda diet, ia masih sarat dengan kalori dan bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.

Oleh itu, adalah lebih baik dengan tidak mengambilnya. Tumpukan peminuman lebih kepada air masak, air mineral atau jus buah-buahan.

Tips #18: Makan Untuk Hidup Dan Bukan Sebaliknya

Makan adalah perbuatan yang anda perlu lakukan, untuk hidup. Hal ini kerana melalui pemakanan, anda dapat membekalkan semua nutrisi yang cukup dan penting kepada perkembangan badan.

Anda perlu mengelak daripada berfikir bahawa andahidup untuk makan, kerana yang anda boleh menaikkan berat badan anda dalam masa yang singkat (jika berfikiran demikian).

Tips #19: Elakkan Makanan Segera

Sesetengah orang menyukai memakan makanan segera, kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak ataupun malas.

Jika anda memeriksa jenis makanan yang dihidangkan di kedai ini, biasanya penuh dengan lemak dan minyak.

Selain itu, makanan ini juga yang diproses. Oleh itu, anda disarankan memasak sendiri di rumah dan bawanya sebagai bekal di tempat kerja.

Tips #20: Makan Makanan yang Rendah Kalori dan Sukar Untuk Diproses

Epal, saderi, buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya mempunyai kandungan kalori yang rendah. Selain itu, ia juga sukar untuk diproses.

Anda sebenarnya memakan sesuatu dengan kadar yang sedikit, namun badan memproses (membakar) dengan kadar yang banyak.  Oleh itu, memakan makanan jenis ini dengan kuantiti yang tepat boleh membantu andamengurangkan berat badan.

Tips #21: Makan Dengan Perlahan

Sekiranya anda makan dengan cepat, anda mempunyai kecenderungan untuk makan dengan kuantiti yang banyak, lagi banyak dari sepatutnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk makan pada kadar yang lebih perlahan.

Apabila anda mengamalkan tips ini, anda akan merasa mudah kenang. Hal ini kerana perut anda mengambil masa lebih kurang 15-30 minit untuk menghantar isyarat (bahawa perut sudah penuh) kepada otak.

Tips #22: Jangan Skip Sarapan

Sarapan merupakan sajian yang paling penting dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, anda sangat tidak digalakkan melangkau sarapan.

Melangkau sarapan boleh menyebabkan masalah berat badan. Melangkau sarapan boleh menyebabkan anda merasa terlalu lapar pada tengah hari dan memnyebabkan anda makan secara berlebihan masa makan tengah hari.

Selain itu, ia juga boleh menurunkan kadar metabolismabadan anda.

Tips #23: Elakkan Minum Air Semasa Makan

Minum air semasa makan boleh menyebabkan masalahperut kembung. Sekiranya anda sudah terbiasa, anda boleh mengurangkan mengambilan air semasa makan secara berperingkat-peringkat.

Sebaiknya, pengambilan minuman boleh dilakukan antara 10 hingga 15 minit selepas makan.

Tips #24: Kunyah Makanan Anda

Anda perlu mengunyah makanan dengan sempurna. Kaedah ini boleh memastikan pencernaan dan penyerapan nutrien di dalam badan anda.

Selain itu, ini juga boleh membuat anda makan lebih perlahan (rujuk tips #21), yang merupakan satu perkara yang baik.

Tips #25: Makan Sebelum Tidur

Jika makan sebelum tidur merupakan amalan biasa bagi, pastikan bahawa anda makan 3 jam sebelum masuk tidur.

Hal ini kerana apabila anda tidur, tubuh mempunyai kadar metabolisma yang lebih rendah.

Dalam erti kata lain, jika anda tidur sebaik sahaja lepas makan, maka tubuh akan menukarkan nutrisi yang berlebihan (daripada makanan tadi) kepada lemak.

 Tips #26: Kosongkan Rumah Anda Daripada Makanan yang Tidak Sihat

Apabila anda melihat kerepek atau apa-apa jenis makanan  (tidak sihat) yang anda suka berada dalam rumah, anda akan cenderung untuk makannya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda tidak membeli dan tidak menyimpannya di rumah.

Maka dengan itu, inilah masa yang terbaik untuk anda mengosongkan almari dapur anda daripada makanan-makanan yang tidak sihat.

Selain daripada itu, anda perlu menggantikannya dengan makanan-makanan yang disyorkan dalam diet anda.

Tips #27: Minuman Protein

Jika anda menyukai minuman protein, anda perlu berhati-hati memilihnya. Pilihlah minuman yang mengandungi protein whey dan bukannya protein soya.

Ini kerana protein whey adalah lebih mudah diserap oleh badan. Selain itu, protein whey merupakan sumber protein yang lebih baik daripada soya.

Tips #28: Makan Makanan yang Pedas

Makanan pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisma anda. Sebab itu kita kebiasaannya berpeluh semasa dan selepas makan makanan yang pedas.

Dalam erti kata lain, makanan ini dapat membantu tubuh anda membakar lemak dan kalori dengan lebih banyak. Secara tidak langsung boleh mengurangkan berat badan.

Sekiranya boleh, tambahlah sedikit lada ke dalam resepi-resipi makanan anda. Tips ini adalah optional, sekiranya anda memang tidak boleh menehan rasa pedas, maka lebih baik tidak mengamalkannya. Mungkin tips di bawah ini boleh membantu.

Tips #29: Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah satu diet yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ia penuh dengan vitamin, mineral dam enzim.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda memakannya secara terus, tanpa sebarang masakan tambahan atau pemprosesan. Hal ini boleh membunuh nutrien dan enzim yang penting dalam buah dan sayur tersebut.

Tips ini juga merupakan salah satu tips diet yang paling berkesan.

Tips #30: Beli Snek yang Sihat

Adakalanya anda mahu untuk makan sesuatu yangsimple, terutamanya apabila anda menonton televisyen ataupun membaca buku. Untuk mengelakkan daripada makan makanan ringan, anda perlu membeli snek-snek yang sihat seperti yogurt, kacang, buah-buahan, dan sebagainya.

Dengan berbuat demikian, anda tidak akan menambah kalori yang tidak sepatutnya semasa menikmati snek.

Tips #31: Makanan Organik

Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang wajib dalam diet, anda masih perlu lebih berhati-hati dalam memilih dan membelinya.

Sesetengah petani mungkin menggunakan baja dan racun perosak yang bereteraskan bahan kimia. Demi mengelak daripada mengalami kesan sampingan yang negatif, membelilah yang ditanam secara organik.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menambah makanan organik dalam menu diet anda.

Tips #32: Elakkan Karbohidrat Ringkas (Simple Carbohydrate

Makanan karbohidrat ringkas mempunyai kandungan glisemik yang tinggi. Oleh itu, adalah lebih baik memilih makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks.

Dengan berbuat demikian, anda mampu untuk mengekalkan tahap kolesterol darah dalam badan yang lebih sihat.

Selain itu, makanan yang mempunyai kadar karbohidrat kompleks yang tinggi juga sukar untuk diproses. Ini boleh membakar kalori dan lemak dengan lebih banyak.

Tips #33: Makan di Meja Makan

Apabila anda makan di tempat lain sekitar rumah, anda lebih cenderung untuk makan lebih daripada yang diperlukan.

Hal ini kerana perbuatan seperti menonton televisyen atau bermain komputer boleh mengalih perhatian otak daripada menerima isyarat daripada perut.

Oleh itu, jika anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan makan di meja makan.

Tips #34: Makan Sebelum Melawat Kedai Runcit

Sebelum anda pergi membeli-belah barangan runcit, adalah terbaik sekiranya anda makan terlebih dahulu. Ini boleh mengelakkan anda daripada membeli makanan, ataupun mungkin fast food yang tidak sepatutnya berada dalam senarai keperluan.

Tips #35: Kurangkan Makan di Luar

Makan di luar, seperti makan di restauran-restauran atau kedai kopi berhampiran rumah boleh memberi kesan kepada diet anda.

Ini adalah kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan di kedai makan mempunyai kadar minyak yang banyak, di samping makanan yang diproses.

Oleh itu, lebih baik anda makan di luar hanya sekali dalam setiap dua minggu. Makanan yang terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dari rumah, kerana anda boleh kawal kandungan minyak dan lemak.

Amalan ini juga merupakan petua kuruskan badan yang berkesan!

Tips #36: Elak Daripada Perkara yang Boleh Menyebabkan Anda Makan

Terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh membuatkan anda makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan. Antaranya termasuklah tekanan diri (stress), konflik kerja dan banyak lagi.

Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda mengawal masalah-masalah tersebut dengan baik sepanjang berdiet.

Dengan berbuat demikian, anda akan dapat untuk mengawal rasa lapar anda. Ini juga merupakan salah satu cara kuruskan badan yang berkesan buat anda.

Tips #37: Rekod Perkembangan Diri

Kebanyakan orang yang berdiet adalah untukmenurunkan berat badan. Maka, adalah terbaik sekiranya anda membuat rekod perkembangan (kadar penurunan berat badan) setiap hujung minggu.

Dengan berbuat demikian, anda akan dapat mengawal perkembangan dan memberikan motivasi kepada anda.

Tips #38: Mengawal Pengambilan Makanan

Mengawal pengambilan makanan adalah salah satu ukuran diet anda berjaya ataupun tidak. Untuk mencapai taget, anda boleh mengecilkan saiz pinggan semasa memakan.

Ini boleh mengehadkan pengambilan makanan anda, kerana saiz pinggan yang kecil tidak boleh menampung jumlah makanan yang banyak. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan pengambilan makanan anda. Tips kuruskan badan ini sangat berkesan sekiranya anda mengamalkannya!

Tips #39: Hidangan Lengkap

Untuk memastikan bahawa tubuh anda dibekalkan dengan vitamin dan mineral yang lengkap dalam setiap hidangan, anda perlu menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai satu amalan.

Selain itu, badan juga mendapat serat, ataupun fiber. Serat boleh menyekat selera makan anda pada tahap yang tertentu.

Tips #40: Nikmati Hidangan Anda

Menikmati makanan anda tidak bermakna bahawa anda makan secepat yang mungkin. Cuba menghargai penampilannya, baunya, rasanya, dan teksturnya.

Apabila anda berbuat demikian, anda dapat menikmati hidangan itu dengan rasa yang lebih menyenangkan.

Selain itu, ia juga boleh membuat anda makan dengan lebih perlahan, yang merupakan satu perkara yang baik yang perlu dilakukan untuk mencapai penurunan berat badan.

Tips #41: Kawal Pengambilan Coklat

Majoriti, terutama wanita suka makan coklat. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mencapai matlamat penurunan berat badan, maka anda perlu mengurangkan pengambilan coklat.

Perlu diingati bahawa coklat mempunyai banyak lemak dan kalori, yang boleh menaikkan berat badan anda.

Tips #42: Ketahui Lebih Lanjut Mengenai BMI

BMI ataupun Body Mass Index sebenarnya membantu anda menentukan sama ada anda kurang berat badan, optimum, berat badan berlebihan, atau obes.

Dengan mengira BMI, anda boleh tahu di mana status kesihatan diri anda. Anda boleh membuat pengiraan BMI di laman web ini.

Tips #43: Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Setiap kali mencapai matlamat jangka pendek anda, seperti menerunkan 5 hingga 10 kilogram dalam satu atau dua minggu dengan berdiet, anda perlu beri ganjaran kepada diri sendiri.

Salah satu contoh adalah dengan membeli baju atau seluar yang lebih kecil. Dengan berbuat demikian, anda akan lebih bermotivasi untuk mencapai sesuatu yang lebih daripada sebelumnya.

Tips #44: Guna Buku Log

Gunakan buku log atau buku nota untuk mencatat makanan yang anda makan seharian. Selain itu, anda juga perlu mencatat makanan yang anda ingin makan untuk hari-hari yang berikutnya.

Dengan berbuat demikian, anda boleh mengelakkan daripada makan makanan yang tidak sepatutnya. Ini sangat membantu dalam diet anda.

Tips #45: Sembunyikan Alat Kawalan Jauh TV Anda

Selain berdiet, anda juga perlu meningkatkan aktiviti fizikal setiap hari seperti bersenam, berjogging ataupun berbasikal.

Anda juga boleh meminta ahli keluarga menyembunyikan alat kawalan jauh tv anda. Jadi, setiap kali anda ingin menonton TV, anda perlu mencarinya terlebih dahulu. Pergerakan tambahan setiap hari!

Ini boleh dijadikan sebagai satu bentuk senaman untuk kuruskan badan secara percuma!

Tips #46: Membakar Kalori Semasa Menaiki Bas

Apabila anda menaiki bas, ada beberapa perkara yang boleh membantu anda membakar kalori.

Salah satunya adalah dengan menjawab teka-teki silang kata, ataupun permainan telefon pintar yang bertemakan teka-teki.

Ini akan membantu mengasah fikiran anda, pada masa sama membakar lebih banyak kalori.

Tips #47: Peralatan Dapur Yang Kecil

Sekiranya anda mengalami masalah mengawal pengambilan makanan, maka sekarang adalah masa yang terbaik untuk bertukar kepada peralatan dapur yang lebih kecil.

Ini akan menghadkan kuantiti masakan anda dan secara tidak langsung menghadkan pengambilan makanan. Barulah diet yang betul.

Tips #48: Interaksi Dalam Online Forum

Terdapat banyak orang di seluruh dunia yang terlibat dalam pelbagai program dan pengamalan diet. Untuk berhubung kepada mereka, anda perlu menyertai online forum.

Melalui forum, anda boleh berkongsi pengalaman dengan mereka, dan juga belajar daripada mereka.

Selain itu, ia juga boleh memberikan motivasi kepada anda dengan mengetahui ramai orang yang berjaya dalam menurunkan berat badan di seluruh dunia.

Tips #49: Guna Alat Penimbang

Alat penimbang amat penting dalam pengamalan diet. Walaupun begitu, anda tidak semestinya guna alat tersebut terlalu kerap. Adalah lebih baik jika anda menggunakannya secara mingguan, dengan ini anda boleh melihat perkembangan yang besar.

Tips #50: Jauhi Kedai Kopi

Sekiranya anda sedang berdiet, adalah terbaik sekiranya anda tidak mengunjungi kedai kopi.

Hal ini kerana anda mungkin memesan lebih daripada satu cawan kopi. Selain itu, kopi ais juga mengandungi jumlah kalori yang anda tidak perlu.

Tips #51: Berfikirkan Positif

Pemikiran positif adalah bukan sahaja tentang pembangunan peribadi. Ia juga boleh diaplikasikan sebagai motivasi diet anda.

Sebagai contoh, anda tidak yakin anda mampu mengikuti program diet hingga mendapat hasil yang dimahui, maka dengan berfikir positif bahawa akan berjaya, ia dapat membantu.

Secara tidak langsung anda mendapat dorongan daripada diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

Tips #52: Masa di Antara Pengambilan Makanan

Anda sebenarnya digalakkan untuk memakan sesuatu dalam jangka masa 3 jam. Makanlah apa-apa yang sihat. Hal ini adalah untuk mengelak daripada anda rasa terlalu lapar semasa menjamu hidangan berat (makan tengah hari dan makan malam).

Tips #53: Senaraikan Risiko

Senaraikan semua risiko yang akan anda alami sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Setelah selesai, letakkan senarai tersebut pada tempat yang anda selalu tengok. Dicadangkan pada pintu peti sejuk.

Dengan berbuat demikian, anda akan diingatkan tentang akibat makan terlalu banyak, setiap kali anda cuba membuka peti sejuk anda.

Tips #54: Hidangan Tinggi Protein

Sediakan makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi seperti telur, ayam, ikan, daging tanpa lemak dan sebagainya dalam setiap hidangan.

Dengan berbuat demikian, anda memberikan badan anda dengan lebih banyak nutrien yang boleh membantu pembinaan sel. Selain itu, ia juga boleh menyekat selera makan anda, kerana protein biasanya sukar untuk dihadam.

Hidangan berprotein yang tinggi merupakan resepi diet sihat yang wajib anda amalkan.

Tips #55: Bawa Bekal ke Pejabat

Apabila anda berada di tempat kerja, anda lebih cenderung untuk makan di rangkaian makanan segera berdekatan untuk makan tengah hari.

Memandangkan makanan segera tidaklah sesuai dan menyihatkan, anda digalakkan untuk membawa bekal dari rumah.

Selain membantu anda dalam diet, amalan ini juga bolehmenjimatkan duit anda.

Tips #56: Makan Telur Semasa Sarapan

Telur mengandungi protein berkualiti yang dipanggil albumin. Selain itu, telur juga boleh memberi anda tenaga dan nutrien yang cukup.

Hal ini boleh meningkatkan tahap metabolisma badan anda, dan akan menjadikan anda lebih bertenaga sepanjang hari.

Menu telur boleh dimasukkan ke dalam resepi makanan diet anda sebagai satu pelengkap.

Tips #57: Jauhi Alkohol

Bir ataupun minuman keras yang lain mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.

Oleh itu, meminum minuman keras semasa menjalani diet merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya.

*Minuman keras dan minuman yang memabukkan adalah HARAM dalam agama Islam. Tips ini ditujukan kepada yang bukan beragama Islam.

Tips #58: Amalkan Diet Yang Berkesan Kepada Anda

Perlu diingat bahawa diet boleh memberikan kesan yang berbeza untuk setiap orang.

Oleh itu, anda perlu berpegang kepada sesuatu yang anda percaya boleh memberikan kesan kepada berat badan anda.

Dengan berbuat demikian, anda tidak perlu untuk memaksa diri untuk melakukan perkara-perkara yang hanya membazir masa.

Tips #59: Keazaman Untuk Menurunkan Berat Badan

Apabila anda mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menurunkan berat badan, boleh menjadi satu pendorong dan motivasi yang besar kepada anda.

Anda juga perlu ada matlamat diet anda. Satu contoh ialah anda ingin lebih cergas dan boleh muat dalam pakaian yang anda ingin memakai.

Tips #60: Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Jika matlamat jangka panjang anda adalah untuk kehilangan 50Kg dalam masa 5 minggu atau lebih, anda mungkin merasakan perkara ini sukar untuk dilakukan.

Namun, sekiranya anda memasang matlamat yang lebih kecil, contohnya anda ingin menurunkan 5Kg dalam masa seminggu, anda boleh capai matlamat utama anda dalam masa 10 minggu.

Ini semua bergantung kepada persepsi dan psikologi manusia. Sebenarnya, kita mampu capai apa yang kita idami. Percayalah!

Tips #61: Ambil Gambar Diri

Sebelum memulakan program diet anda, anda digalakkan untuk mengambil gambar anda sendiri. Dengan itu, anda akan mempunyai gambar yang bolehdibandingkan sekiranya anda menurun berat badan.

Ini boleh membuat anda lebih bermotivasi dan berinspirasi.

Tips #62: Contohi Orang Yang Sudah Berjaya

Terdapat banyak program realiti TV yang bertujuan membantu orang yang obese menurunkan berat badan, seperti The Biggest Loser

Dengan mencontohi keazaman dan ketekunan mereka untuk menurunkan berat badan, anda harus mencontohi mereka. Dengan ini, anda tidak akan kehilangan fokus untuk mencapai impian anda.

Tips #63: Membina Otot Semasa Anda Berdiet

Disamping berdiet, anda digalakkan bersenam untukmembina lebih banyak otot. Ini kerana otot memerlukan lebih banyak kalori.

Dalam erti kata lain, lebih banyak otot yang anda mampu bina, lebih banyak kalori badan anda dapat bakar, yang boleh mengakibatkan penurunan berat badan.

Tips #64: Rakan Kongsi

Diet akan menjadi lebih seronok jika anda boleh mendapatkan teman. Anda boleh mengamalkan diet dengan pasangan atau kawan rapat.

Rakan kongsi boleh membantu antara satu sama boleh memberikan semangat untuk meneruskan diet. Selain itu, anda juga boleh kongsikan sebarang kemajuan anda secara berkala, untuk sentiasa bermotivasi dalammengurangkan berat badan.

Tips #65: Jadikan Diet Satu Pertandingan

Jika anda mempunyai rakan kongsi semasa berdiet, anda boleh jadikannya satu pertandingan. Dengan ini, anda boleh membandingkan kemajuan pada setiap minggu.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan matlamat yang tertentu untuk setiap minggu, dan memberikan ganjaran kepada pemenang yang mencapainya.

Tips #66: Menilai Pencapaian Anda Sebelum Tidur

Sebelum anda masuk tidur, anda perlu imbas kembali matlamat jangka masa panjang anda dalam berdiet. Dan menilai sejauh mana anda sudah capai matlamat itu.

Perkara ini mengelakkan anda daripada hilang fokus dalam menguruskan badan.

Tips #67: Jauhi Makanan yang Tidak Sihat

Fikir terlebih dahulu sebelum anda ingin memakan makanan yang tidak menyihatkan seperti ais krim, jajan, ataupun makanan segera. Fikirkan, adakah berbaloi diet anda sekiranya anda makan makanan-makanan tersebut.

Dengan mengambil kira apa yang anda sudah lalui, anda dapat atasi masalah craving terhadap sesuatu makanan.

Tips #68: Perbanyakkan Minum Minuman Sejuk

Anda digalakkan untuk meminum minuman yang sejuk (berais) ketika anda dahaga. Minuman yang sejuk dan berais boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.

Dengan itu, anda dapat membakar kalori dan lemakdengan kadar yang lebih banyak. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya menyimpan ketulan ais di dalam peti sejuk.

Tips #69: Pandai Memilih Snek

Kebanyakan kita memakan snek sebelum tidur, dan kebanyakan snek itu adalah yang tidak menyihatkan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan supaya makan malam sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur. Dan kemudian memilih snek yang tidak mengandungi jumlah kalori yang banyak. Contoh yang baik adalah cookies ataupun biskut nutrisi.

Tips #70: Nikmati Makanan Kegemaran Anda

Walaupun anda sedang berdiet, anda dibenarkan memakan makanan kegemaran anda, namun dalam kuantiti yang dihadkan.

Hal ini untuk mengelak daripada anda merasakan diet itu sangat ketat dan menyusahkan.

Tips #71: Kerapkan Makan Yogurt

Salah satu makanan yang disyorkan semasa diet adalahyogurt. Hal ini kerana kebanyak yogurt adalah rendah lemak dan tiada bahan pengawek yang berbahaya.

Untuk menambah keberkesanan yogurt, anda boleh menaburkan serbuk kayu manis keatasnya. Ini boleh meningkatkan kadar metabolisma badan, lantas anda dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Tips #72: Jus Lobak Merah

Sekiranya anda dahaga dan anda mengidam sesuatu selain air kosong, anda digalakkan untuk meminum jus lobak merah.

Jus lobak merah mengandungi kandungan serat yang tinggi, yang mana boleh membantu membakar lemak. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan anda daripada cepat rasa lapar.

Tips #73: Tingkatkan Pengambilan Kalsium

Anda boleh mengambil kalsium dengan perbanyakkan memakan produk tenusu (susu, yogurt dan keju) ataupun dengan pengambilan pil supplement. Bahan ini boleh memberikan anda tenaga.

Kalsium disamping Vitamin D3 boleh meningkatkan kadar tenaga badan dan membolehkan anda bekerja dengan lebih produktif sepanjang hari.

Tips #74: Kawal Tekanan Diri (Stress

Kajian menunjukkan bahawa tekanan diri ataupun stress pada tempat kerja boleh menyebabkan seseorang itu makan dengan kadar yang berlebihan.

Oleh itu, adalah terbaik bagi anda yang sedang berdiet pandai mengawalnya. Anda boleh mencuba menenangkan diri dengan melakukan perkara yang anda suka seperti bersenam ataupun bermain permainan komputer.

Tips #75: Makan Pisang Masa Sarapan

Salah satu makanan cadangan pada waktu sarapan adalah pisang dan segelas air atupun susu.

Pisang mempunyai kadar potassium yang tinggi, memberikan badan anda tenaga yang mencukupi untuk seharian bekerja.

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan rasa lapar anda pada jangka masa yang tertentu.

Tips #76: Snek yang Sihat

Pengambilan snek diantara makan hidangan besar adalah digalakkan, namun bergantung kepada apa yang anda makan.

Pengambilan snek yang tinggi dalam kadungan protein adalah terbaik. Protein boleh membantu anda membina sel-sel dalam badan dan membaiki tisu-tisu yang rosak.

Tips #77: Gunakan Kicap Soya Untuk Kawal Rasa Lapar

Selain menambah rasa pada makanan, kicap soya juga boleh menyebabkan anda rasa cepat kenyang. Berdasarkan satu kajian, protein dalam kicap soya boleh berhubung dengan riseptor otak. Interaksi ini menyebabkan anda rasa kenyang.

Tips #78: Kombinasi Telur Dan Timun

Adalah dinasihatkan supaya anda memakan timun terlebih dahulu sekiranya anda ingin mengikuti petua ini. Hal ini kerana timun mempunyai vitamin, serat dan air yang boleh memberikan anda rasa kenyang.

Telur pula, boleh membantu pencernaan karbohidrat (daripada timun tadi) dan memberikan anda protein yang mencukupi.

Tips #79: Bertukar Kepada Stevia

Stevia merupakan satu alternatif pemanis kepada gula. Walaupun stevia dikategorikan sebagai satu bahan pemanis, stevia mempunyai kadar kalori yang jauh lebih rendah daripada gula yang biasa.

Perkara ini sangat baik untuk kesihatan dan sangat digalakkan kepada semua yang sukakan rasa manis dalam minuman, namun pada masa yang sama ingin menjaga kesihatan.

Tips #80: Makan Delima

Walaupun buah delima manis, ia tidak semestinya akan menyebabkan anda naik berat badan. Bahkan, buah ini boleh membantu anda mengurangkannya!

Buah ini boleh mengurangkan rasa anda untuk memakan snek yang manis, pada masa yang sama butirnya boleh mengurangkan kebolehan badan menyimpan lemak berlebihan. Selain itu, buah delima juga mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan umum.

Tips #81: Makan BBQ

Jika anda meminati makanan yang berdaging, terutama pada hujung minggu, anda boleh makan BBQ.

Semasa daging dibakar, kuantiti lemaknya berkurang. Pada masa yang sama, anda boleh mengurangkan pengambilan masakan yang berminyak. Perkara ini sangat membantu anda semasa berdiet!

Tips #82: Makan Bayam

Bayam mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.

Pada masa yang sama, boleh mengurangkan rasa lapar anda dalam jangka masa yang tertentu. Jadi mulai dari sekarang, anda dinasihatkan untuk menambah bayam dalam menu diet anda.

Tips #83: Pilih Keju Yang Sesuai

Sekiranya anda menyukai keju, adalah terbaik sekiranya anda memilih keju yang diperbuat daripada susu kambing.

Hal ini kerana keju susu kambing mempunyai kadar kalori yang lebih rendah daripada keju susu lembu sebanyak 40%.

Tips #84: Pengambilan Lemak Yang Baik

Bukan semua lemak adalah buruk kepada anda. Ada juga yang memberikan manfaat kepada kesihatan.

Antara sumber lemak yang baik kepada anda adalah walnut, minyak biji sesawi dan telur. Selain membantu membakar lemak dalam badan, ia juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

Tips #85: Makan Bijian Oat Semasa Sarapan

Kebiasaanya, orang yang ingin menurunkan berat boleh memakan bijian oat pada waktu pagi. Bijian oat mempunyai kadar serat yang tinggi. Ini membolehkan mereka mengurangkan berat badan. Selain itu, ia juga boleh memudahkan anda berasa kenyang.

Tips #86: Makan Buah Epal Sebelum Hidangan

Selain memberikan nutrisi yang banyak kepada badan, epal juga boleh membantu anda menurunkan berat badan. Anda perlu makan buah epal 15 minit sebelum hidangan seperti makan tengah hari ataupun makan malam.

Ia boleh mengawal selera anda dengan efektif dan mengelakkan anda daripada makan makanan secara berlebihan.

Tips #87: Letakkan Minyak Zaitun Dalam Salad

Petua memakan salad semasa berdiet adalah satu tips yang betul. Namun, anda perlu memakan dengan kadar yang tepat. Tidak boleh secara berlebih-lebihan.

Sebagai satu tambahan, anda boleh meletakkan sedikit minyak zaitun dalam hidangan salad anda. Minyak zaitun mengandungi asid lemak yang baik untuk kesihatan.

Tips #88: Kerapkan Makan

Apa yang dimaksudkan dengan petua ini adalah menambah waktu masa (daripada 3 hidangan kepada 6 hidangan contohnya). Namun perlu diambil kira bahawa makanan dalam setiap hidangan adalah sedikit.

Makan secara berperingkat seperti ini boleh mengelakkan daripada anda berasa terlalu lapar, dan kemudiannya ‘membalas dendam‘ dengan memakan dengan kuantiti yang banyak.

Tips #89: Tambahkan Tomato Dalam Hidangan Diet

Tomato mempunyai komponen yang boleh menyekatpenghasilan satu hormon yang dipanggil gherlin. Oleh itu, anda berkemampuan untuk mengawal selera anda.

Anda dinasihatkan supaya menambah tomato dalam sandwich ataupun apa-apa hidangan semasa sarapan.

Tips #90: Makan Buah Nanas

Buah nanas mempunyai kadar serat yang tinggi. Ia boleh meningkatkan tahap metabolisma badan anda.

Selain itu, ia juga mempunyai bromolina, satu komponen yang membantu badan anda memproses protein.

Tips #91: Makan Buah Oren

Buah oren secara semula jadinya boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana buah oren mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi.

Vitamin C merupakan salah satu komponen yang membantu badan menukarkan lemak kepada tenaga. Oleh itu, dengan pengambilan buah oren, anda membantu badan anda untuk mendapatkan tenaga daripada lemak yang tidak digunakan.

Tips #92: Makan Bersama Kawan

Ada kajian menyatakan bahawa jika kita makan bersama kawan ataupu keluarga, kita lebih cenderung berasa mudah kenyang.

Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba tips ini dan merasakan perubahan itu sendiri.

Tips #93: Kurangkan Minuman Tenaga

Minuman tenaga biasanya diamalkan oleh athlet, kerana mereka perlukan tenaga yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Namun, minuman ini tidak sesuai kepada yang ingin menurunkan berat badan.

Hal ini kerana, anda kemungkinan tidak dapat manfaatkan semua tenaga yang dibekalkan oleh minuman tersebut sehingga menyebabkannya ditukarkan kepada lemak.

Tips #94: Bertukar kepada Susu Skim

Susu skim mengandungi kadar kalori yang sedikit, apabila dibandingkan dengan susu biasa. Selain itu, ia juga mempunyai kadar fosforus dan kalsium yang jauh lebih tinggi daripada susu, yang mana boleh membantu badan anda memecahkan lemak.

Tips #95: Tambahkan Cuka Dalam Hidangan

Tambahkan cuka dalam hidangan boleh membantu badan anda membakar lemak. Hal ini kerana cuka mengandungi asid asetik yang boleh meningkatkan kebolehan badan untuk memproses kalori dan lemak.

Tips #96: Jangan Mengikuti Program Diet Yang Terlalu Ketat

Semasa anda memilih program diet, anda tidak digalakkan untuk memilih program yang terlalu ketat dengan diri anda. Hal ini untuk mengelakkan diri anda daripada tidak mendapat nutrisi yang mencukupi dan lagi teruk, mungkin menyeksa badan anda sendiri.

Tips #97: Buang Air Besar

Anda perlu membuang air besar sekurang-kurangnyasekali sehari. Ini boleh menjadi kayu ukur pemakanan yang baik ataupun tidak.

Selain itu, ia juga boleh menjadi kayu ukur kepada jumlah air yang anda minum setiap hari.

Tips #98:  Banyakkan Minum Jus Buah-Buahan

Membuat jus buah-buahan daripada buah yang segar adalah lagi baik daripada anda meminum daripada kordial, ataupun dari botol yang diproses (yang dibeli dari pasar raya).

Jus buah-buahan mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang optimum kepada keperluan badan.

Tips #99: Minum Teh Hijau

Teh hijau boleh membakar lemak dalam badan dengan kadar yang cepat. Selain itu, teh hijau boleh meningkatkan tahap kecergasan badan. Tambahan lagi, ia boleh meningkatkan tahap imunisasi badan anda.

Tips #100: Jangan Menetapkan Matlamat Yang Terlalu Tinggi

Apabila anda memulakan diet, anda tidak digalakkan untuk menetapkan matlamat yang terlalu tinggi, sehinggakan anda tidak dapat mencapainya. Sekiranya perkara ini berlaku, ia boleh menghampakan harapan anda, lantas anda berputus asa.

Sebaliknya, anda perlu tetapkan matlamat yang kecil dahulu. Sekiranya berjaya dicapai, mulakan matlamat yang baharu, yang lebih besar. Berusaha supaya matlamat yang baharu itu dicapai.

Tips #101: Membahagikan Bahagian Makanan

Salah satu amalan diet adalah mengurangkan kadar kuantiti makanan yang anda makan setiap hari.

Maka adalah wajar sekiranya anda bermula diet dengan mengurangkan kuantiti makanan anda. Hadkan pengambilan makanan secara berperingkat-peringkat.

 *ebook download tu boleh pergi kat link yang aku bagi tadi.

Kesimpulan

Tahniah kepada yang baca sampai ke tips ini. Sebelum anda meninggalkan laman web ini, anda perlu mengambil tindakan setelah anda membaca senarai ini.

Tiada guna anda membaca artikel ini dan masih mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Anda perlu bertindak untuk mendapatkan hasil yang positif.

Harap artikel ini berguna kepada semua. Tinggalkan komen di bawah sekiranya anda ada cadangan tips ataupun ingin berkongsi pengalaman.

Share artikel ini dengan keluarga ataupun kawan-kawan, agar semua mendapat faedah.

Sekian~~


No comments:

Post a Comment