Friday, August 21, 2015

First post - keutamaan berselawat

Bismillah..Allahumma solli wasallim 'ala sayyidina muhammadin sollallahu 'alaihi wa 'ala aalihi wa ashabihi wa baraka wasallam

Testing testing 1 2 3
Hihi..new blog,first post..better aku mulakan sesuatu yang baik dengan seauatu yang baik juga kn..so,here it is..#KEUTAMAANBERSELAWAT #KEUTAMAANBERSELAWAT #KEUTAMAANBERSELAWAT kasi lebih bersemangat sket nak jadi #TAMAKPAHALA..haha..aku tahu,ramai orang yang dia x nak buat atau beramal dengan sesuatu tu bila sesuatu tu dia rasa macam krg mmberi kebaikan kat dia kn? Jgn tipu! Haha..
moga dari keterpaksaan akan datang keikhlasan one day nanti. InsyaAllah .

Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar diantaranya:

(1)Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH.
.
(2)Ditulis sepuluh kebajikan.
.
(3)Dihapuskan sepuluh kejahatan.
.
(4)Diangkat sepuluh darjat.
.
(5)Memperoleh kesempurnaan iman.
.
(6)Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
.
(7)Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
.
(8)Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.
.
(9)Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.
.
(10)Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
.
(11)Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.
.
(12)Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
.
(13)Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
.
(14)Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
.
(15)Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
.
(16)Terhindar dari kefakiran.
.
(17)Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w.
.
(18)Meperoleh keberkatan dalam hidup.
.
(19)Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
.
(20)Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t.
.
(21)Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
.
(22)Menjadi zakat dan pembersih diri.
.
(23)Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat.
.
(24)Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.


Ape macam,ade yg berani nak menyahut cabaran?? #jomselawat #jom #selawat * Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi wassalam walhamdulillahi rabbil 'alamin

No comments:

Post a Comment