Thursday, January 10, 2019

The best way untuk berjaya

The best way untuk berjaya, tenang, happy, always positive dan dapat miliki rezeki yang melimpah dalam hidup adalah dengan menarik kejayaan.

Biarkan segala impian yang kejar kita. Jadikan diri kita ni magnet rezeki. Soalnya, gi mana caranya?

Ubah cara fikir kita tentang kehidupan.

Misalnya, ce fikir apakah pandangan kita terhadap orang yang berjaya access potensi rezeki yang luas.

Jika kita fikir orang kaya itu jahat, penindas, penipu, duit itu punca segala kejahatan dan sebagainya, maka jangan tanya kenapa kita tak kaya. Sebab kita silap letak persepsi.

If dilihat betul-betul, kes-kes mencuri bukannya dibuat oleh orang kaya yang cukup duit. Tetapi lebih kepada orang yang tak cukup rezeki duit.

Let say kita senaraikan apakah pandangan kita terhadap orang kaya, yang miliki potensi rezeki yang luar biasa.

#1 - Rasa tenang tanpa perlu fikir atau risau ada duit untuk esok hari ke tak.
#2 - Boleh bersedekah setiap hari.
#3 - Dapat bayar zakat dan beribadat dengan mudah. Nak pergi haji dan umrah pun takde masalah.

#4 - Hidup bebas hutang.
#5 - Mampu melancong ke mana-mana saja.
#6 - Dapat berkongsi rezeki dengan family. Give the best kat parents.

Wah, lagi fikir kaya gini, enak bangat. Insya Allah, sooner or sooner kita pun jadi begitu. Aamiin ya Mujib.

Ni ada satu tips yang I dapat dari buku Law Of Universal Attraction yang mana kita boleh praktikkan sama...

Setiap pagi sebelum keluar jemput rezeki, pejam mata sebentar dan niat supaya sentiasa berfikiran positif dan berwajah ceria.

Elakkan terlalu membebani jiwamu dengan semua kesedihan hati.

Hiburkan dirimu dengan hal-hal yang ringan dan membahagiakan kerana apabila hati terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia menjadi buta.

Kredit - fb page Hajar Abdullah

JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP

Walau sebesar apa pun masalah kita, walau seteruk mana pun hidup kita sekarang, jangan berhenti berharap. Saat kita berhenti berharap, saat itu kita sudah mati sebelum mati.

Ingat, kita hamba pada Allah yang Maha Kuasa. Untuk ubah hidup kita itu, mudah saja bagi Allah. Kalau Dia kehendak, sekelip mata saja kekusutan kita itu Allah boleh ganti dengan ketenangan.

Tinggal lagi, kita sungguh sungguh atau tidak, minta pada Dia? Yakin 100% atau tidak. Itu saja.

Tak ada satu Doa pun yang tak terjawap sebenarnya. Semuanya di jawap. “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan Doa mu”- Al Ghaafir ayat 60. Itu janji tu. Kalau sudah berdoa, pasti di jawap.

Ini antara Tips supaya Hajat Hajat kita mudah tercapai :

1. FOCUS:

Kosongkan minda, hanya focus 100% pada hajat kita sahaja. Kadang2, kita ni berdoa, tapi otak kita kusut, banyak sangat scroll fb. Attention kita merata2 pergi nya.

Cuba bertenang, kosongkan minda. FOCUS. Bila dah betul2 Focus hanya pada hajat kita. Itu mudah termakbul.

2. WAKTU MALAM:

Antara waktu makbul doa ialah waktu malam, time semua orang tidur. Scientifically, waktu tu, gelombang otak kita pada Alpha. Kita mudah materialise kan apa yang dalam otak kita.

Waktu malam itu sebenarnya sangat powerful, sebab kita tak ada Distraction. Tolak phone jauh2, jangan Distract. Spend masa dengan Allah saja.

3. SEDEKAH:

Sedekah ni, dia macam BOOSTER. Kadang sebab dosa kita banyak, karat2 hati kita ni banyak. Kena banyakkan sedekah. InsyaAllah doa tu cepat makbul.

Kalau nak bagus lagi, bagi sendiri sedekah tu pada orang susah, jangan transfer je. Dia ada lebih Feels sikit. Saya pun kadang2 serabut, saya cari orang susah juga. Bagi duit, dan cakap, tolong doakan saya ye.

4. EMOSI:

Jangan hanya doa dibibir, tapi doa pakai Hati. WAJIB ada EMOSI dalam doa. Biar bergetar hati tu. baru senang makbulnya. Sebab tu Nabi suruh Nangis waktu doa, kalau takleh nangis, buat2 nangis.

Nabi lebih awal faham Law Of Attraction. Anything with Emotion akan jadi Reality. Sebab Emotion itu is Energy In Motion. Sebab tu hati2 kalau tengah marah kita sumpah anak kita macam2, nanti jadi betul pada anak kita. Sebab, Emotion marah itu juga jadi booster pada doa kita (sumpah kita tadi tu).

5. YAKIN:

Akhirnya sekali, jangan ada langsung keraguan yang doa kita akan termakbul. Jangan ragu sikit pun.

Walau nampak mustahil mana pun, jangan berhenti Berharap. YAKIN 100%. InsyaAllah. Its just a matter of time.

Cepat atau lambat saja. Sabar dan tenang.

Moga Segala Hajat Kalian 2019 TERCAPAI.

Kredit :-
Afnan Rosli