Thursday, August 27, 2015

Lets pray for the best!

Kadang-kadang kita habiskan terlalu banyak masa mengenang sesuatu yang dah pergi dan menyesali apa yang dah terlepas, tetapi kita lupa bahawa sebenarnya kita masih ada masa untuk mencari dan melakukan sesuatu yang lebih baik.

Peluang datang dari perubahan. jika diri sendiri tak mahu berubah, macam mana nak tahu kita ada peluang untuk mendapat yang lebih baik?

Walau apa yang terjadi, sentiasalah berdoa untuk yang terbaik. kerana boleh jadi, sesuatu kesukaan buat kita itu sebenarnya ujian, dan sesuatu kesedihan buat kita itu sebaliknya adalah nikmat.

Apa pun yang kita rasa di dalam hati, sentiasalah berdoa bahawa itulah yang terbaik yang Tuhan berikan kepada kita buat masa ini.

Tuhan tak jadikan hidup untuk kita mengundur ke belakang. lets try to be brave, try to redha and ask HIM to guide us in the future, inshaAllah.

Do your best to live with what God gives you.

Lets pray for the best! 

::page Aku Islam

Jutawan akhirat

Perkongsian email Dr Azizan Osman yang aku  subscribe  :) 

****

JUTAWAN AKHIRAT

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9   malam selewat-lewatnya 10 malam)

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz’ Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra’ bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

***Ingat:-

1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.
2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.
3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden.

3 Cara Elak Melengahkan Masa!

Pesanan dari Irfan Khairi,Jutawan Internet yang aku rasa memang wajib sangat diberikan kat aku,kena setepek kat batang hidung sendiri. Tapi ni aku edit sikit untuk disesuaikan dengan keaadaan :)

3 Cara Elak Melengahkan Masa!

Orang kata masa itu emas. Tetapi, sebenarnya masa adlaah lebih berharga dari emas kerana masa yang terlepas, kita tidak akan dapat kembali.

Adakalanya kita mendapat idea untuk memulakan sesuatu, tetapi, “melengah-lengahkan masa” pula. Mungkin kita mahu melakukan sesuatu strategi, tetapi fikir untuk “tunggu dulu”. Memang niat hendak melakukan sesuatu dan tahu sesuatu tersebut dapat membantu diri dan keluarga, tetapi terasa “malas” lah….

Memang biasa kita terjumpa keadaan sebegini. Mat salleh sebutkannya sebagai procrastination. Secara perlahan-lahan, keadaan melengah-lengahkan masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa disedari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu, ada sahaja alasan untuk melengah-lengahkan masa.

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.

Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.

Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali! Sekiraya selama ini anda terasa seperti melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu yang penting, fikirkan “It’s NOW or NEVER”. 

Takut melengahkan sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi sebulan, sebulan menjadi setahun dan akhirnya…. langsung tidak lakukan!

Haluan yang berubah

Cerpen yang pernah aku karang dulu atas sebab *rahsia* dulu..sayang pula bila aku simpan je ,kan..Baca je lah walau meleret(setelah 5 bulan baru aku rasa memang meleret..haha) ..moga ada pengajaran yang boleh kita kongsikan.. Hak cipta milik aku FAMIERA AYUNI. Penat weh nak karang bila da berzaman tinggalkan alam sekolah.

****

HALUAN YANG BERUBAH

     Jalan dan liku hidup yang ditempuh memang diduga tidak seindah perancangan kita. Justeru,harus mempersiap segala kemungkinan apabila samudera impian harus menongkah arah merubah laluan.

    Ya,haluan sahaja yang berubah,namun InsyaAllah destinasinya adalah tetap satu. Semoga lebih banyak memberi pengertian baharu dalam meneroka dunia yang lebih besar dan penuh ujian ini seiring dengan usia yang semakin menginjak matang.

    Inilah sebuah catatan blog seorang sahabat yang paling aku sayangi. Siapa sangka dalam masa yang singkat semuanya berubah. Cita-cita yang dikejar hampir jauh meninggalkan dirinya. Keluarga di kampung hanya mampu menebar doa buatnya dari jauh  setelah harapan mereka untuk melihat dirinya memegang gelaran doktor perubatan hampir tak kesampaian  akibat masalah kewangan yang melanda tiba-tiba. Allahu,tidak dapat dibayangkan bagaimana jika aku yang ditempatnya. Aku  tahu dirinya terasa lemah dan longlai namun tidak pernah aku nampak dia jatuh tersembam tidak bermaya,tidak pernah aku nampak dia  menangis teresak- esak menyesali apa yang telah berlaku. Memang,siapa tahu apa tersimpan di hatinya melainkan dia sendiri & Dia yang Maha Mengetahui.

    Aku menulis ini terus dari hati sebagai seorang sahabat yang terlalu menyayangi sahabatnya yang aku tahu sangat kuat itu. Air mata tak henti mengalir ketika mata pena laju menulis mencoretkan patah-patah perkataan luahan hati,tapi kesayuan ini tetap tidak sama seperti yang engkau lalui.

    Tak mengapa sahabat,yang terlebih penting bukanlah pada pedihnya musibah,tetapi pada beratnya istighfar. Yang terlebih penting bukanlah pada hadiah bahagia,tetapi pada mewahnya syukur. Yang terlebih penting bukanlah pada lukanya derita,tetapi pada ampuhnya sabar. Yang terlebih penting bukan juga kisah pasrahnya jiwa tetapi pada menggapai apa yang Allah redha kerana pada yang terlebih penting itulah terjemahan akan hakikat sebuah kehambaan kepada sang penciptanya

    Segala yang ada semua sementara,yang kita perlu berani untuk hadapi. Biar dunia itu di dalam genggaman yang dipegang erat namun bisa dilepaskan. Bila sampai masanya,jangan disimpan dalam hati kelak merana diri dan hakikat akhirnya yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa.

    Hidup ini adalah proses imbal balas. Sepertinya aku memang tidak sekuat engkau sahabat,namun mengertilah,bila mana aku mendongak pandang ke langit yang luas terbentang ciptaan Ilahi dan menghirup kebesaranNya,dapat aku rasakan kekuatan menyusup ke setiap rongga tubuhku. Benar,mana mungkin aku dan semua yang lain fahami andai bukan kami yang ditempatmu,sahabat. Maafkan aku,sahabat.

    Teringat suatu waktu dahulu aku juga pernah ditimpa ujian & aku merasakan di situ bukan tempatku lagi. Sungguh,aku jatuh sehingga lumpuh seluruh urat saraf walau sebenarnya fizikal masih ampuh,cuma semangat yang telah jauh lari . Entah macam mana fikiran berilham untuk menghayati sebuah lagu yang aku tak pernah ambil pusing pun makna lirik sebelumnya itu. Lagunya seolah mengerti dan tepat mengenai aku dengan situasi begitu,Langkah Tercipta nyanyian sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang popular.

Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Impian seringku harapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya
Haruskah aku mengelamun
Jiwaku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian
Di luar kekuatan setiap diri insan

Allah
Pimpini diriku
Untuk bangkit semula
Meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta

Dan ku memohon agung kudratMu
Wahai Tuhan yang Satu
Segalanya dariMu

  Menghayati lirik ini membuatkan aku tersentak. Allah,lemahnya aku. Aku lupa pada janji Allah bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Mana mungkin batu mutiara boleh tercipta tanpa adanya tekanan yang tinggi. Mana mungkin manusia yang hebat itu tercipta sebelum dia diuji terlebih dahulu. Alhamdullilah kini telah pun aku rasakan nikmat akan ujian yang pernah melanda dan aku bersyukur kerana dengan ujian itu aku dapat miliki sebuah permata yang aku kira ianya hadiah dari kesulitan yang menjadi penghapus dosa-dosa lalu.

    Buatmu sahabat,jika ini jalan yang ditakdirkan buatmu,teruskan semangat cekalmu. Selagi aku bernyawa,akan aku temani kau dan tak akan pernah membiarkan kau melaluinya keseorangan. Selamanya aku ingin bersahabat dengan kau,hatta hingga ke syurgaNya juga. Aku sayang kau. Aku doakan semoga cita-cita kau akan kembali mendekat. InsyaAllah, tiada apa yang mustahil jika kita teruskan berdoa dan berusaha.

Wednesday, August 26, 2015

A countless du'a

Ada kalanya kita sampai di satu titik di mana kita harus tawakkal, redha, diam dan tenang untuk tidak memikirkannya lagi.
Mungkin disitu hati kita akan sedia belajar untuk ‘ikhlas’.
What past is past. learn from it. begin again. this time always pray Allah shows you better way.
Jangan terlalu mengenang, sebab tu tak nampak hikmah di masa hadapan. lupakan apa yang dah terlepas, lepaskan apa yang dah tak boleh diubah.
Tak payah nak mengenang apa-apa yang dah terlepas tu. nanti hati takkan timbul rasa bersyukur dan rasa redha. apa yang perlu kita buat adalah berdoa, agar di masa hadapan, DIA berikan yang lebih baik dari apa yang dah terlepas.
If you redha enough, you'll come to see that Allah always give you what you need, not what you want. inshaAllah.
::page Aku Islam