Saturday, November 21, 2015

My essential music

Bismillahirahmanirahim
Trying to make quran as my essential music. May Allah ease,may Allah guide us to the right pathway. Allahumma Aamiin.

#repost
"We can all think of at least one song that, when we hear it, triggers an emotional response. It might be a song that accompanied the first dance at your wedding, for example, or a song that reminds you of a difficult break-up or the loss of a loved one.

In this Spotlight, we take a closer look at some of the potential health benefits of music and look at whether, for some conditions, music could be used to improve - or even replace - current treatment strategies.

Reducing pain and anxiety:
By analyzing 72 randomized controlled trials involving more than 7,000 patients who received surgery, researchers found those who were played music after their procedure reported feeling less pain and anxiety than those who did not listen to music, and they were also less likely to need pain medication.

An effective stress reliever:
When feeling stressed, you may find listening to your favorite music makes you feel better - and there are numerous studies that support this effect.

Music and memory:
Certain songs have the ability to remind us of certain periods or events in our lives - some that make us smile, and some we would rather forget.
With this in mind, researchers are increasingly investigating whether music may aid memory recall.

Helping recover brain injury, treat seizures:
Increasingly, research is indicating that music can help aid recovery from brain injury - such as that from stroke.

Music therapy should be utilized more in health care settings.
Based on the substantial evidence that music offers numerous health benefits, many experts are calling for greater utilization of music therapy within health care settings.

#doctor #medicine #medical #health #med #medschool #medstudent #healthcare #article #musictherapy #patient #futuredoctor #healthyliving #clinic #dentist #pharmacist #innovation #wellness #scientist #prevention #treatment #university #uptodate #doctors #healthy #lifestyle #hospital #science #research"

Friday, November 6, 2015

Khas buat sahabat perempuan

Khas buat sahabat perempuan..  ��

Perempuan. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.

Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.

Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.

Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.

Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.

Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.

Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.

Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.

Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.

Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.

Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.

Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.

Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.

Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.

Berbahagialah duhai muslimah ��❤��

Tuesday, October 27, 2015

BERJALAN 10 000 LANGKAH

Suasana Hospital Sungai Buloh (HSgB) sangat mesra pelanggan & mesra kesihatan. Setiap pintu lif utama pula mesti ada poster yang cantik2 cerita pasal kesihatan macam kat dalam gambar. .

Ni salah satu poster yang sempat aku snap sementara nak tunggu lif
*lif dia sangat lambat, sengaja lettew nak suruh aku gunakan tangga. Sorry not sorry,tingkat 8 wei,aku x larat nak naik Kalau nak turun boleh le*. Cukup2 lettew nanti kat atas kaki aku da nak tak rasa apa2 dek kepenatan berdiri je masa ward round berjam-jam. .

~ ~BERJALAN 10 000 LANGKAH~ ~

Tahukah anda berjalan 10 000 langkah -7-8 km
-berenang tanpa henti selama 90 minit
-berbasikal selama 70 minit
-bermain bola sepak selama 90 minit

Pelbagai faedah diperolehi dengan menjadikan 10000 langkah sebagai amalan harian antaranya mengurangkan risiko penyakit JANTUNG,DIABETES & HIPERTENSI.

Tahap keaktifan individu berdasarkan bilangan langkah
-kurang daripada 4999 : sedentari
-5000 - 7499 : kurang aktif
- 7500 - 9999 : sederhana aktif
-lebih daripada 10000 : aktif
-lebih daripada 12000 : sangat aktif

TIPS BERJALAN KAKI
√tumit ke jari kaki
√tapak kaki selaras dengan tumit
√luruskan bahagian belakang badan
√hayun tangan mengikut keselesaan

Tips Felinna Nadea - Jutawan

Kakfel terfikir, ramai org kita terkejar mahu menjadi JUTAWAN .

Tapi kakfel nak tanya dah tahu ke apa nak buat bila jadi Jutawan?

Ramai cakap nak sedekah and buat baik, jadi Jutawan bukan hanya utk sedekah dan buat baik .

Ianya merangkumi Amanah yg Besar. Di mana kedudukan kita mungkin adalah istimewa sedikit di dunia tapi sebenarnya itu bukan hanya kelebihan, ia juga datang bersama ujian.

Sebab tu kakfel selalu tekankan, anda kena suci kan dalaman.. Jemput rezeki masuk... Belajar dulu teknik nak tarik duit cara Islam.

Kenapa taknak buat? Malas nak solat,malas nak sedekah,malas nak puasa,malas lah nak zikir banyak2.

Hmm.. Kalau lah kakfel kata sbb tu Allah pun malas nak bagi rezeki kat awak. Satgi terasa pulak!

Siapa bagi rezeki? Belajar teknik Kipas,teknik kelambu teknik semua tu sanggup tak tidur dan pergi kelas berhari hari..

Tapi sayang, solat 5 waktu tinggal. Tak kemana dik....... #tipsfelinnanadea

Saturday, September 19, 2015

Debaran Jiwa

"Ya Allah.. permudahkanlah insan ini menghadapi imtihan duniaMu..
Jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu..

Dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmu & kalamMu..
Terimalah airmatanya sebagai penyejuk kemurkaanMu..

Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selain dariMu.."

"Allahumma yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khair,rabbi zidni 'ilman war zuqni fahman"

-Ya Allah,permudahkankah urusanku jangan dipersulitkan. wahai Tuhanku,akhirilah urusanku dengan baik. wahai Tuhanku,tingkatkan pengetahuanku dan kurniakanlah kepadaku kefahaman-

Aamiin