Tuesday, October 27, 2015

BERJALAN 10 000 LANGKAH

Suasana Hospital Sungai Buloh (HSgB) sangat mesra pelanggan & mesra kesihatan. Setiap pintu lif utama pula mesti ada poster yang cantik2 cerita pasal kesihatan macam kat dalam gambar. .

Ni salah satu poster yang sempat aku snap sementara nak tunggu lif
*lif dia sangat lambat, sengaja lettew nak suruh aku gunakan tangga. Sorry not sorry,tingkat 8 wei,aku x larat nak naik Kalau nak turun boleh le*. Cukup2 lettew nanti kat atas kaki aku da nak tak rasa apa2 dek kepenatan berdiri je masa ward round berjam-jam. .

~ ~BERJALAN 10 000 LANGKAH~ ~

Tahukah anda berjalan 10 000 langkah -7-8 km
-berenang tanpa henti selama 90 minit
-berbasikal selama 70 minit
-bermain bola sepak selama 90 minit

Pelbagai faedah diperolehi dengan menjadikan 10000 langkah sebagai amalan harian antaranya mengurangkan risiko penyakit JANTUNG,DIABETES & HIPERTENSI.

Tahap keaktifan individu berdasarkan bilangan langkah
-kurang daripada 4999 : sedentari
-5000 - 7499 : kurang aktif
- 7500 - 9999 : sederhana aktif
-lebih daripada 10000 : aktif
-lebih daripada 12000 : sangat aktif

TIPS BERJALAN KAKI
√tumit ke jari kaki
√tapak kaki selaras dengan tumit
√luruskan bahagian belakang badan
√hayun tangan mengikut keselesaan

Tips Felinna Nadea - Jutawan

Kakfel terfikir, ramai org kita terkejar mahu menjadi JUTAWAN .

Tapi kakfel nak tanya dah tahu ke apa nak buat bila jadi Jutawan?

Ramai cakap nak sedekah and buat baik, jadi Jutawan bukan hanya utk sedekah dan buat baik .

Ianya merangkumi Amanah yg Besar. Di mana kedudukan kita mungkin adalah istimewa sedikit di dunia tapi sebenarnya itu bukan hanya kelebihan, ia juga datang bersama ujian.

Sebab tu kakfel selalu tekankan, anda kena suci kan dalaman.. Jemput rezeki masuk... Belajar dulu teknik nak tarik duit cara Islam.

Kenapa taknak buat? Malas nak solat,malas nak sedekah,malas nak puasa,malas lah nak zikir banyak2.

Hmm.. Kalau lah kakfel kata sbb tu Allah pun malas nak bagi rezeki kat awak. Satgi terasa pulak!

Siapa bagi rezeki? Belajar teknik Kipas,teknik kelambu teknik semua tu sanggup tak tidur dan pergi kelas berhari hari..

Tapi sayang, solat 5 waktu tinggal. Tak kemana dik....... #tipsfelinnanadea

Saturday, September 19, 2015

Debaran Jiwa

"Ya Allah.. permudahkanlah insan ini menghadapi imtihan duniaMu..
Jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu..

Dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmu & kalamMu..
Terimalah airmatanya sebagai penyejuk kemurkaanMu..

Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selain dariMu.."

"Allahumma yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khair,rabbi zidni 'ilman war zuqni fahman"

-Ya Allah,permudahkankah urusanku jangan dipersulitkan. wahai Tuhanku,akhirilah urusanku dengan baik. wahai Tuhanku,tingkatkan pengetahuanku dan kurniakanlah kepadaku kefahaman-

Aamiin

Friday, September 18, 2015

Sang Juara

Bondan:
Usaplah keringat yang mengalir membasahi keningmu
Angkatlah ke atas dagumu yang tertunduk layu
Jangan menyerah..jangan mengalah
Bangunkan, bangkitkan semangat juangmu hingga membara
Yakinkan, pastikan inilah puncak segalanya
Barbanggalah karena kau adalah..SANG JUARA!!!

Titz:
Kau luapkan energi terhebatmu
Terangi bumi dengan peluh semangatmu
Hadirkan buih keringat, basuhi raga
Basahi kulit, basahi jiwa, lalu busungkan dada

Lezz:
Keringat adalah hasil…
Jerih payahmu terbayar dengan semangat yang kau ambil
Terbang tinggi menuju awan
Di mana kau bisa lupakan semua lawan

Santoz:
Stiap langkah, stiap jiwa di tiap langkah
Mulai bercerita wakilkan semua mimpi-mimpi yang tenggelam
Siap menantang bumi
Dan..KAU ADALAH PEMENANG!!

Bondan:
Bangunkan, bangkitkan semangat juangmu hingga membara!!
Yakinkan, pastikan inilah puncak segalanya
Berbanggalah karena kau adalah..SANG JUARA!!
Yeah… SANG JUARA!! SANG JUARA!!
Owh..SANG JUARA!! Yeah… SANG JUARA!!

Buat apa menangis, jika masih ada senyum
Buat apa kau mundur, kawan.. jika hidup berjalan maju
Bila kau terjatuh, sgera bangkit dan bangun
Pusatkan fikiran dan tetap melaju
F ke O dan K ke U..S
FOKUS, konstan! Tetap lihat ke depan, kawan
Genggan erat pegangan, lihatlah titik tuju
Raih pusat sasaran, jadilah nomer satu

Bangun dan bangkitkan semangat juangmu hingga membara!!
Yakinkan, pastikan inilah puncak segalanya

Bondan:
Jangan menyerah.. jangan mengalah..
Berbanggalah.. karena kau adalah.. SANG JUARA!


-Bondan Prakoso feat Fade 2 Black-

Thursday, September 17, 2015

Di satu ketika Allah Mengujiku

Di satu ketika Allah Mengujiku

" MEDIC itu susah. MEDIC tu membosankan. MEDIC tu perit." keluhku sendirian.

Aku hilang semangat belajar. Aku rasa aku bukanlah orang yang paling layak dalam bidang MEDIC ni.

Kemudian seorang sahabat di laman sosial memesan ini kepadaku,

" Setiap pekerjaan itu ada cabarannya. Kita jangan sesekali meletakkan pemikiran yang salah terhadap apa yang kita lakukan. Contohnya, bila kita fikir yang MEDIC itu bidang yang sukar, sudah pasti ianya sukar bagi kita. Tapi bila kita menganggap ianya mudah, maka kita pasti boleh menggalasnya. "

Dan dia berkata lagi,

" Allah telah memilihmu dalam bidang ni sebab Allah tahu kau layak. "

Aku terdiam seketika. Memikirkan apa yang dikatakan kepadaku sebentar tadi.

Astagfirullah. Aku kira keluhanku berpaksi. Rupa-rupanya, aku hanya melawan ketentuan Allah.

Betapa ramainya sahabat-sahabatku di luar sana mengimpikan untuk menceburi bidang MEDIC ni, tapi aku bernasib baik.

Ada yang sanggup bertungkus lumus bersaing semata-mata ingin mendapatkan tempat dalam bidang MEDIC, tapi aku? mengeluh hanya kerana perkara yang sekecil biji kacang hijau.

Sejauh manapun perjalanan kita,
kita pasti akan tiba ke destinasi itu.
Selama ini aku beriya-iya mengatakan MEDIC ini ilmu Allah, tapi aku x pernah memahaminya.

Selama ini aku mengatakan MEDIC ini jalan mendekati Allah, tapi aku x merasainya.

Selama ini jugalah aku mengatakan MEDIC ini amanah, tapi aku x pernah memikulnya.

Kini, bila Allah mengujiku, baru aku sedar. Aku hanya berakal tapi tidak berhati. Aku gagal memahami dengan hati segala kata-kata yang ku pegang selama ini.

Ya Allah, ampunilah aku. Betapa banyaknya keluhanku terhadap ketentuanMu. Berilah daku kekuatan Ya Allah. Aku mohon petunjukMu agar aku terus berada di jalan yang Engkau redha. Amin.

“Sungguh hebat seseorang Mukmin itu. Seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapa pun, kecuali orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya.”

(Hadis riwayat Muslim)


-via http://mohdjeffreyismail.blogspot.my/2012/04/di-suatu-ketika-allah-mengujiku.html  -



Cerita yang hampir kena tepat pada aku. Pelayaran yang sama,lautan yang sama,destinasi yang sama,cuma kapal dan nakhodanya yang berlainan. Allahurabbi,permudahkan urusan-urusan ku,berikanlah aku ilmu yang bermanfaat,moga aku dapat menyempurnakan impian yang tersemai indah ini. Aamin.