Sunday, October 21, 2018

Menulis & berkongsilah walaupun ilmu kau belum tahap dewa!

Terjumpa posting fb by Tuan "Harith Faizal" pada 15 Oktober 2018 jam 8 malam . Rasa macam betul2 ditujukan untuk aku walaupun dia tak kenal aku pun 😂

Betul sangat ni. Takyah tunggu ilmu tahap dewa baru nak share. Apa yang ada mula kan. Ilmu yang Sedikit pun boleh dikongsi. Orang suka nak tengok berkembangan.

Baru rasa lebih semangat nak menulis 😊

Bawah ni aku sertakan isi kandungan yang buat triggered tu

Kau baru lepas beli sebijik rumah pun, dah boleh kongsi pasal hartanah. Kau baru ada follower 5,000 pun dah boleh cerita pasal personal branding ikut level kau.

Kau baru sebulan jadi ejen takaful pun, dah boleh buat posting pasal takaful. Kau dapat turun berat 5kg sebulan pun dah boleh kongsi tip kesihatan dan diet seimbang.

Berkongsilah apa yang kau asalkan ilmu kau tu valid dan kau dapat ilmu tu daripada sumber yang diyakini. Tak pun, kongsi pasal kehidupan kau pun boleh sangat. Lagi senang.

Saya sangat tak berkenan bila ada orang condemn newbies yang teruja nak berkongsi sikit ilmu yang dia ada. Salah ke dia? Kena jadi pakar baru boleh share ilmu ke?

Yang pakar, yang ada sijil itu ini bersusun kat rumah, semuanya pakat simpan ilmu jadikan pekasam pula. Kongsikan ilmu, netizen perlukan kepakaran anda.

Ilmu banyak, tapi tak nak sebarkan. Bila takda orang amalkan, takdalah orang lain yang dapat manfaat. Memang tak boleh bawak masuk kuburlah jawabnya. - HF

#harithfaisal

Tuesday, September 25, 2018

MENTAL BLOCK

MENTAL BLOCK manusia yg menjadi halangan utk berjaya!

❌EGO

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.

❌SKEPTIKAL

Selalu berfikiran negetif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana".

❌TAKUT

Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.

❌TAK YAKIN

Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.

❌TAK LAYAK

Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.

❌SUKA BERTANGGUH

Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.

❌BAGI ALASAN  .

Bila ditanya kau nak berjaya tak?. Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.

❌TUNGGU DULU

Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.

❌IKUT KAWAN NEGATIF

Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.

❌TAK BERSUNGGUH

Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.

APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN...

Pss: dapat sesuatu? Jom pakat share dengan kawan2 pulak

Thursday, December 28, 2017

Seketul F.A & pengedar Shaklee

Yuhuu..

Salam,korang!

Korang
Korang
Korang

Hehe

Nak habaq mai kat sini, aku dah berdaftar sebagai agen Shaklee sejak tahun 2013 lagi! And aku baru renew keahlian pertengahan tahun ni. Masa 2013 tu aku macam berkobar lah jugak, tapi sebab ada some problem dengan study aku, esaimen, presentation, mini test, exam apa semua, sampai ke sudah aku tak ingat dah pasal Shaklee aku ni ha.

2017, aku sengaja renew keahlian aku, nak tengok jugak apa yang baru sekarang ni dan tak berminat pun nak meniaga apa semua, sebab korang pun tahu medical student ni busy memanjang. Tapiii, sebab aku ni dah nak habis study (InsyaAllah Ogos 2018 grad dengan jayanya) , aku dah kena fikir apa aku nak buat dengan masa depan aku selain berdepan dengan cabaran sebagai seorang doktor nanti. Zaman sekarang kena fikir banyak plan dik oi untuk masa depan, prepare siap-siap apa plan A, plan B, plan C sampai la plan Z tuh semua. Shaklee salah satunya :)

Dalam next post aku akan start cerita pasal apa tu Shaklee kay? JANJIIII

So, kalau korang berminat nak jalan-jalan cuci mata , tengok produk-produk Shaklee & nak review harga, korang boleh lah pergi kat link ni:

Sini : Cuci mata Shaklee

Kat sini korang boleh terus beli skali tau, mana la tahu tetibe terminat dengan banyak produk dia...sebab produk dia memang best! Pape boleh drop komen eh kat kotak komen

                                   Hasil carian imej untuk shaklee

Sekian, dari saya si pengedar supplemen best dari Shaklee *wink wink*

Noor Fatin Amira
ID : 1269277

                            Hasil carian imej untuk shaklee

Sunday, November 5, 2017

Apa itu rezeki?


Rezeki bukan hanya pada duit..
Orang selalu pikir.. rezeki makin kurang bila duit makin kurang..kalau duit makin banyak maka rezeki banyak la...

Tapi sebenaqnya rezeki kita juga makin kurang bila kawan2 lari..keluarga hilang..sahabat menjauh..

Rezeki kita juga kurang bila masalah banyak mendatang..hidup makin xtenteram..selalu dirundung malang..

Rezeki juga makin kurang bila kita makin ego n tinggi diri bila berada di atas...

Duit yg banyak dalam akaun xbermakna rezeki kita banyak.. duit tu boleh jadi ujian Allah.. jangan selalu kita sangka  Allah bagi kita rezeki banyak sebab kita bagus.. kita baik...

Sentiasa muhasabah diri juga.. apa salah kita.. apa kurang kita.. tiap kali kita susah.. tuding jari kat diri dahulu baru org lain...

Xsusah... perkara paling kita takut adalah hilang wang.. hilang kekayaan dunia... sampai kita lupa.. apa yg paling utama adalah ketenangan utk menghadapi akhirat sana....

#tipsfelinnanadea

Tuesday, October 10, 2017

Final year medical school?

Salam,
ke hadapan readers semua..ecece..

Fuhhhh..berhabuk,bersemak-samun, berlalang apa semua dah ada kat blog aku ni kannnn..
Last post aku kat blog ni dulu masa aku memula masuk clinical year, which is 3rd year aku as a medical student kan. Actually aku ingat memang nak tinggal kan terus blog ni, tapi ada someone trigger aku untuk mula berblogging, demi untuk masa depan aku, cewah. So yes, i'm here now after almost 2 years i left this blog. Hai hai korang <3

Macam ni, sekarang alhamdulillah aku dah final year in medical school, syukur alhamdulillah, masih di sini after jerih payah suatu masa dulu sampai rasa down giler. My current posting is Pediatrics, ni posting first untuk fifth year. Making new friends since groupmates aku yang sekarang ni semua bukan groupmates yang sama masa fourth and third year dulu. They are very friendly. Huhu. Walau aku tak dapat sama group dengan kawan2 yang kiteorang minta sama dulu, tapi tak pe, aku jumpa ramai kawan2 baru yang baik2 juga.. Aku percaya ada sebab kenapa Allah tempatkan aku dalam situasi sekarang. Ada hikmahnya, yes,aku peraya sangat sebab aku boleh nampak dah.

Tahu tak,perasaan masuk final year ni lain weii, macam2 perasaan datang, happy? excited? sebab tak lama lagi nak grad dah,takyah dah ngadap benda2 sakit kepala ni. Tapi dalam masa yang sama risau,adakah perjalanan year 5 akan dipermudahkan atau akan diuji. Seram, sebab kurang 9 bulan dari sekarang, akan ada professional exam, exam paling seriauuu bagi medical student T_T . Risau pun ye jugak ni, risau memikirkan apa hala tuju aku lepas grad nanti, berapa lama tempoh menunggu untuk houseman nanti dan competent tak aku bila dah bekerja nanti? Ya Allah, rabbi yassir wala tuassir.
Doakan aku supaya doa2 aku dimakbulkan ye. Hehe..Doakan urusan2 year 5 ni smooth je & pass professional exam aku tahun depan.

Ok la, aku cau dulu,singgah sekejap je kat sini, nanti aku datang balik kayy
Gerak dulu, pape rojer !


Pic credit to 'Neph @ Pinterest'